REDPEN adalah penjenamaan semula My ERPH yang sebelum ini. REDPEN merupakan singkatan daripada REKOD DIGITAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN yakni sebuah fail lengkap menggantikan fail RPH guru/Buku RPH guru. REDPEN versi 1 penulisan aktiviti ini bermaksud bahagian penulisan aktiviti dalam RPH anda cuma ada 1 ruangan sahaja. Guru perlu merangkumi semua ringkasan pengajaran dalam ruangan tersebut. Berbeza dengan versi 3 penulisan aktiviti iaitu dibahagikan kepada permulaan, aktiviti utama, dan penutup. Versi ini diwujudkan bagi memberi pelbagai variasi kepada mana-mana sekolah yang ingin menggunakannya.
Guru-guru boleh memuat turun aplikasi REDPEN untuk mencuba terlebih dahulu. Klik mana-mana pautan di bawah mengikut jenis peranti anda.
Versi sekolah menengah boleh diakses di halaman ini. Guru-guru boleh mencubanya di sini.